Followers

Thursday, 4 April 2013

Sebut, Tak Rugi Pun.

[pemilik asal]

Lepas solat asar.

"Weh Sharaf, kau join kitorang futsal tak malam ni?"

"Confirm lah!" Sambil kedua-dua ibu jari di angkat ke udara. Thumbs up.


Malam tu,

Kring kring!

Telefon bimbit Haseef berbunyi.

"Leish?" Soal Haseef dalam bahasa arab pasar yang bermaksud kenapa.

"Aku tak dapat datanglah futsal malam ni. Kucing aku meninggal. Aku terlanggar masa nak keluar tadi. Maaf." Suara Sharaf kedengaran di corong sebelah sana.

Haseef mengangguk. Walau dia tahu Sharaf tak nampak gerakan kepalanya, "It's okay. Aku tak kisah pun. But ada satu ayat Quran yang aku nak share dengan kau."

"Apa dia?"

"Dan janganlah sekali-kali engkau mengatakan terhadap sesuatu, 'Aku pastikan melakukan itu esok pagi,'. Kecuali dengan mengatakan Insya Allah..."

"Er.. Baik. Aku faham." Sharaf bersuara.

Terdengar Haseef ketawa kecil seraya bertanya, "Surah apa? Cuba teka."

"Surah Al Kahfi, ayat 23 dan 24." Selamba jawapan Sharaf.

"Yes! Betul. Tiga markah." Ceria suara Haseef.

"Tiga saja?" Sharaf tak puas hati.

"Kalau nak lagi dua, Sambungkan ayat tadi."

"Okey okey."

"Sila."

"Dan ingatlah kepada Tuhanmu apabila engkau lupa, dan katakanlah 'Mudah-mudahan Tuhanku akan memberiku petunjuk kepadaku agar aku yang lebih dekat kebenarannya daripada ini.'"

"Okay. Betul. Tahniah. Sekarang dah lima markah."

"Ini lima markah out of berapa ni?"

"Five out of ten."

"Weh, mana lagi lima markah?"

"Haha lima markah lagi kau tak dapat sebagai pengajaran supaya lain kali sebut Insya Allah. Okey?"

"Er... Okey."

"Assalamualaikum."

"Waalaikumussalam."

..............................................


Okay itu contoh cerita situasi di mana kita perlu sebut insyaallah. Juga dah dijelaskan ayat Quran yang berkait dengan apa yang aku nak tulis ni.

*minum air*

Zaman sekarang ni orang salah tafsirkan maksud Insya Allah tu sendiri. Bagi mereka, kalau tak confirm, baru sebut Insya Allah. Kan?

Bila rasa macam taknak janji. Bila rasa macam taknak buat sesuatu perkara, baru nak sebut Insya Allah. Ada tu siap guna lafaz Insya Allah sebagai tiket untuk mungkir janji.

Tambah bila berbual dengan kawan, contohlah;

"Weh Safiyah, esok pagi tolong bawa nota yang kau salin masa kelas Dr Aizat tu."

"Insyaallah."

"Safiyah janjilah. Aku perlu sangat nota tu."

"Iya, insyaallah aku bawa."

"Taknaklah insyaallah. Cakaplah kau janji kau bawa."

"Ya, insyaallah aku janji aku bawa."

"Kau ni main-mainlah!"

Tett....

Biar aku sambung pula perbualan dua kawan ni.

Amboi kak, sejak bila pulak kalau kita cakap insyaallah, maksudnya kita tak serius? Bukan ke kalau kita sebut insyaallah tu, maksudnya kita kembalikan segala pergantungan tu pada Allah? Sepatutnya bila kita sebut insyaallah, kita akan lebih semangat untuk laksanakan. Sebab kita berjanji dengan nama Allah. Okey?

Okey akhir kalam, sebutlah Insyaallah. Tak rugi pun. Tak mati pun. Tak sia-sia pun. Tak buang masa pun.

8 comments:

Anonymous said...

Ouh. Baru baca lets learn our Islam by Harun yahya. 'InsyaAllah' is being explained in chapter one :)

p/s : tak berpeluh pun sebut insyaAllah :D

Anonymous said...

Belajar tajuk ni dalam subjek tafsir untuk Sijil Menengah Agama (SMA). Thanks mengingatkan :)

Nur Dzafirah said...

InsyaAllah. cuba baiki lagi... betul2 dah lma tggl ungkpn ini... :)

libra. said...

Learnt.


TQ :')

Yuyu Richii said...

menarik :)
tp kan... mcm mana kte nak tegur someone yg selalu sebut insyaallah tp tak buat pun..
or kte da sebut insyaallah tapi terlupa plak nk buat sesuatu uh? mcm mne ye....mntak pendapat..

Addin Syah said...

Yup..setuju..in sya Allah mcm
99% akn buat..

hurulain said...

"weh, mana lagi lima markah?"
haha, comel je yg 1st situation tu.

hey,thumbs up!

telurgorengg said...

terbaikk :)

linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...